Sunday, November 21, 2010

Memori di SK Binjai Kertas 2010








JAMUAN AKHIR TAHUN



Perhimpunan akhir tahun 2010



Taklimat dihari terakhir penggal persekolahan 2010

Saturday, November 20, 2010

Barisan Guru Binjai Kertas



Semuanya manis-manis belaka....tapi dalam kelas alamak.....macam....

Air mata gembira



Tahniah.....anda berjaya

Hari Gembira Buat Warga SKBK



Keputusan UPSR tahun ini cukup meberangsangkan 8 orang murid daripada 34 orang calon
SK Binjai Kertas mendapat 5A dalam UpSR 2010.

Monday, November 8, 2010

KSSR matematik tahun 1

BIDANG : NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK 1 : NOMBOR BULAT HINGGA 100 TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

1.1 Menyatakan kuantiti secara intuitif (i) Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau
sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan
lebih atau kurang secara
(a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
(b) Membandingkan dua kumpulan
secara padanan.
(c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua
kumpulan objek


1.2 Menama dan menentukan nilai (i) Menamakan nombor hingga 100
(a) Membilang objek dalam kumpulan.
(b) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai
mewakili kuantiti.
(c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk
menentukan kumpulan lebih atau kurang satu
hingga sembilan
(d) Menamakan angka.

 
1.2 Menama dan menentukan nilai (ii) Menentukan nilai nombor hingga 100
(a) Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang disebut
dengan menggunakan objek sebenar, gambar
garis nombor dan abakus 4:1
(b) Memadankan kumpulan objek dengan nombor
(c) Membandingkan nilai dua nombor dan menyatakan
hubungannya "lebih daripada' dan "kurang daripada"
(d) Menyusun kumpulan objek, kad gambar dan kad angka
mengikut tertib menaik dan tertib menurun
(e) Membandingkan dua nombor dan menyebut sebarang
nombor yang terletak di antaranya


1.3 Menulis nombor (i) Menulis nombor hingga 100 dalam
(a) Angka
(b) Perkataan

 
1.4 Melengkapkan sebarang rangkaian (i) Membilang nombor dalam lingkungan 100 secara:
nombor. (a) Satu-satu
(b) Dua-dua
(c) Lima-lima
(d) Sepuluh-sepuluh
tertib menaik dan menurun dengan menggunakan
pelbagai objek dan garis nombor
(ii) Melengkapkan sebarang rangkaian dalam lingkungan
100 secara
(a) Satu-satu
(b) Dua-dua
(c) Lima-lima
(d) Sepuluh-sepuluh
tertib menaik dan menurun.


1.5 Menentukan nilai tempat bagi (i) Menyatakan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 100
nombor. (ii) Menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor hingga 100
(iii) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang
nombor dengan dengan menggunakan abakus 4:1


1.6 Menganggar (i) Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah dengan
(a) Menyatakan kuantitinya.
(b) Menggunakan perkataan “lebih daripada” dan
"kurang daripada"



BIDANG : NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK 1 : NOMBOR BULAT HINGGA 100 TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

1.7 Membundarkan nombor bulat. (i) Membundarkan nombor bulat kepada
puluh terdekat dengan menggunakan garis nombor.


1.8 Melengkapkan pola nombor. (i) Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi
(ii) Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah


BIDANG : NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK 2 : TAMBAH DAN TOLAK TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

2.1 Mengenal pasti pasangan nombor (i) Menyatakan pasangan nombor bagi jumlah nombor
untuk membentuk satu nombor yang diberi
yang berkaitan (ii) Menyebut jumlah dua nombor.
(iii) Senaraikan kombinasi dua nombor bagi jumlah nombor
yang diberi


2.2 Mengenal simbol. (i) Menggguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata
yang relevan dalam konteks tambah dan tolak
(ii) Memperkenalkan simbol bagi tambah, tolak dan
sama dengan
(iii) Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan
bagi menulis ayat matematik berdasarkan
situasi yang diberi


2.3 Tambah dan tolak dalam (i) Tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas
lingkungan 100 (a) Menyatakan secara spontan fakta asas tambah
(b) Menyatakan secara spontan fakta asas tolak
(c) Menyatakan fakta asas tolak sejajar dengan fakta
asas tambah
(d) Menggunakan strategi tertentu bagi membina dan
menyatakan fakta asas tambah dan tolak
(e) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan
pengiraan tambah dan tolak


2.3 Tambah dan tolak dalam (i) Tambah dan tolak dalam lingkungan 100
lingkungan 100 (a) Melaksanakan pengiraan tambah dan tolak
(b) Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan
pengiraan tambah dan tolak
(c) Menggunakan strategi pengiraan secara mental bagi
penambahan dan penolakan


2.4 Membina dan menyelesaikan (i) Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam
masalah yang melibatkan situasi lingkungan 100
cerita bagi operasi tambah dan tolak (ii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui
simulasi atau model situasi
(iii) Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang
melibatkan situasi harian


BIDANG : NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK 3 : PECAHAN TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua (i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat
dan satu perempat. dengan menggunakan perkataan "setengah", "separuh" dan
"suku" dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan
lipatan kertas








BIDANG : NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK 4 : WANG HINGGA RM100 TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen. (i) Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk
  syiling dan wang kertas
(ii) Mewakilkan nilai wang:
(a) Sen hingga RM1
(b) Ringgit hingga RM10
(iii) Mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus 4:1
(iv) Menukar wang:
(a) Syiling hingga 1 ringgit.
(b) Ringgit hingga RM10.


4.2 Tambah dan tolak melibatkan wang (i) Tambah dan tolak:
(a) Sen hingga RM1.
(b) Ringgit hingga RM10.
(ii) Tambah dan tolak melibatkan wang dengan menggunakan
abakus 4:1


BIDANG : SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK 5 : MASA DAN WAKTU TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

5.1 Menamakan hari dan bulan dan (i) Menyatakan waktu dalam sehari.
menerangkan aktiviti sejajar (ii) Menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari
dengan hari persekolahan. ( pada hari persekolahan sahaja )
(iii) Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan
(iv) Menamakan bulan dalam setahun.


5.2 Menyebut dan menulis waktu.  (i) Mengenal pasti dan menyatakan "setengah dan
”satu perempat” berdasarkan muka jam.
(ii) Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam
sahaja dengan menggunakan jam analog


BIDANG : SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK 6 : PANJANG TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

6.1 Menggunakan unit relatif untuk (i) Membuat pengukuran objek menggunakan unit
mengukur panjang. bukan piawai
(ii) Membanding dua atau lebih ukuran objek
menggunakan unit bukan piawai.
(iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan
kata ukuran panjang dalam konteks


BIDANG : SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK 7 : TIMBANGAN TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

7.1 Menggunakan unit relatif untuk (i) Membuat timbangan objek berkaitan jisim menggunakan
timbangan. unit bukan piawai
(ii) Membanding dua atau lebih timbangan objek
menggunakan unit bukan piawai.
(iii) Mengggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan
kata timbangan dalam konteks







BIDANG : SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK 8 : ISIPADU CECAIR TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

8.1 Menggunakan unit relatif untuk (i) Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan isipadu cecair
isipadu cecair. menggunakan unit bukan piawai.
(ii) Membandingkan dua atau lebih bekas cecair
menggunakan unit bukan piawai.
(iii) Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan
kata isipadu cecair dalam konteks.


BIDANG : SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK 9 : RUANG TAHUN 1

MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN REMARKS

9.1 Mengenal pasti bentuk tiga (i) Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak
dimensi (3D). segiempat sama, silinder dan sfera
(ii) Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk 3D
(iii) Menyusun objek mengikut pola.
(iv) Membina model 3D dan menerangkannya


9.2 Mengenal pasti bentuk dua (i) Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat,
dimensi (2D). segitiga dan bulatan.
(ii) Memperihalkan garis lurus, sisi, bucu dan lengkung
bagi bentuk 2D.
(iii) Menyusun bentuk 2D mengikut pola
(iv) Menghasilkan corak berasaskan bentuk 2D

Friday, November 5, 2010

Tanda Kiamat

Letusan Merapi paling dahsyat

para penunggang motosikal melalui sebatang jalan di Muntilan dekat Yogyakarta yang diselaputi abu Gunung Merapi semalam.

JAKARTA - Letusan Gunung Merapi tengah malam semalam adalah yang paling dahsyat setakat ini dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta yang terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berapi itu.

Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.

Berpuluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman yang dipindahkan ke Stadium Maguharjo, Yogyakarta ekoran sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.

Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.

Sementara itu, di Yogyakarta, seramai 320 pelajar Malaysia telah dipindahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke penempatan sementara di Solo petang semalam berikutan letusan tersebut.

Mereka yang merupakan sebahagian daripada 500 pelajar dari Universitas Gadjah Mada, Institusi Seni Indonesia dan Politeknik Seni Yogyakarta telah dipindahkan pada pukul 3 petang (waktu Malaysia) menggunakan 10 buah bas.

Puteri duyung



Foto : Songkhla beach,Thailand