Saturday, May 15, 2010

Keranamu Guru

Kerana mu guru

Dulu semua orang kagum dengan nama mu
Semua orang senang dengan tugas mu
Kerna guru
Kaulah segalanya

Kini
Musim telah berlalu
Masa merubah segalanya
Murtabat mu kian tercabar
Dalam mengatur langkah
Sebagai pendidik
Anak bangsa.

Jika kini tersergam indah menara KLCC
Ciptaan jurutera kita
Jika kini ribuan doktor merawat pesakit
Diperlusok tanah air
Jika kini terbang megah pesawat terbang
Dengan pilot tempatan
Dan jika kini
Zaman telah berubah
Dan banyak belantara batu tumbuh
Bagaikan cendawan
Tanda berlakunya sebuah tamadun baru

Semuanya ini
Adalah sentuhan tanganmu
Yang tak kenal erti penat
Dalam memerah keringat
Demi anak bangsa dan Negara tercinta
Keranamu guru

Sajak

Harapanku

Tanggal 25 april 2004
Pertama kali kaki ku melangkah
Di persada mu
SK Binjai Kertas
Dengan seribu ilusi


Kini aku mula mengenal mu
Aku mulai menyemai benih-benih cinta
Buat semua murid…
Dan taulan
Kerna tanpa mu
Siapalah aku
Hanya seorang guru biasa


Dan hari-hari yang berlalu
Bersamamu di sk Binjai Kertas
Mengukir seribu memori
Memahat secebis pengalaman
Dalam menjalani hari-hari
Yang bakal menjelang


Hanya satu harapan ku disini
Buat murid tercinta
Dan rakan yang sentiasa berdedikasi
Dalam mencurahkan titisan ilmu
Agar menggamit sebuah kejayaan
Yang penuh cemerlang
Yang penuh gemilang
Yang terbilang
Di daerah ini
Dan juga negeri ini

Agar suatu ketika nanti
Nama mu terukir dimana jua.



Nukilan pena: Pendita lara
16 Mei 2010