Sunday, April 1, 2012

Teks Pengacara Perasmian Mesyuarat Agung PIBG

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK BINJAI KERTAS.

Pengacara Majlis:Abdullah Mohd Zin/Nuriah Abdul Halim

PENGUMUMAN KETIBAAN.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj Zawawi b Ismail ADUN Kuala Berang diiringi oleh dif-dif kehormat.

Bagi memberkati majlis kita marilah kita sama-sama membaca ummu kitab…. Al fatihah….

Bismillah…………..Alhamdullilahi-rabbilalamin,Wassalatuwassa-mu’alaashrafil-ambia iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain.Rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlu uqdatam millisani yafqahul qauli.


Yang Berhormat ,Tuan Haji Zawawi bin Ismail,ADUN kawasan Kuala Berang,

………………………………………………………………………………………………

Yang Berusaha

Tn Hj Mohd Noor bin Abdul Samad ,Yang Dipertua PIBG SK Binjai Kertas.


Yang Berbahagia En Raseli bin Ismail Guru Besar SK Binjai KertasYang dihurmati,

En Mohhidin bin Mohamad,Naib YDP SK Binjai Kertas,Para AJK PIBG,Guru-guru penolong Kanan,guru-guru dan kakitangan SK Binjai Kertas,ibubapa,seterusnya hadirin dan hadirat sakalian.

Assalamualaikum.w.h.w.

Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng menyusun jari

Salam Sembah selamat datang

SudilahTuan ke majlis kami

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya ,kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Binjai Kertas Tahun 2012.Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sakalian dapat mengceriakan lagi majlis kita pada petang ini.


Saya bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Tn Hj Zawawi bin Ismail ,ADUN Kuala Berang,YDP PIBG,AJK PIBG,Guru-Gur dan Kakitangan Sekolah serta para ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada petang ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum serta sahsiah bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SK Binjai Kertas . Tanpa kehadiran dan sokongan dari tuan-puan sakalian,siapalah kami di SK Binjai Kertas ini.Kami selalu mengharapkan sokongan padu dari tuan-tuan dan puan-puan sakalian dalam apa jua sekali aktiviti murid-murid di sekolah ini.

BACAAN DOA


Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmatnya. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Kamrul Arifin bin Said bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Kamrul Arifin bin Said atas bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikul

Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing

itulah yang ibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Jika kita bersatu hati.

UCAPAN ALUAN PENASIHAT

Bukan keris tanpa ulunya

Bukan majlis tanpa ucapannya.


Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berberusaha En Raseli bin Ismail,merangkap penasihat PIBG SK Binjai Kertas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hurmatnya dipersilakan.


Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Raseli bin Ismail,merangkap penasihat PIBG SK Binjai Kertas. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Pergi ke kedai membeli gula

Gula di bawa berhati-hati

Yang Dipertua kami mempersila

Ucapan diberi kita hayati.


UCAPAN YDP PIBG

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Tn Hj Mohd Noor bin Samad,YDP PIBG Sk Binjai Kertas untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan.


Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Tn Hj Mohd Noor b Abdul Samad. Terima kasih diucapkan.

UCAPAN PERASMIAN


Menjemput YB’ untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada YB’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Tn Haji Zawawi bin Ismail merangkap ADUN kawasan Kuala Berang………… bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK BINJAI KERTAS 2012.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.


Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato ………………………………….,
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat TN HAJI ZAWAWI BIN ISMAIL ADUN KUALA BERANG UNTUK MENERIMA CENDERAHATI DARI KAMI……………….Majlis mempersilakan.

.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong SK BINJAI KERTAS 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato………………….……. dan para jemputan sekalian,

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat dan para tetamu jemputan khas diiringi Tuan Guru Besar, Yang Berusaha En Raseli bin Ismail , untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan.

Para ibu bapa diminta tunggu kerana majlis mesyuarat akan dimulakan sebentar lagi.

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan didalam peti

Kalau ada silap dan salah

Jangan disimpan didalam hati.

Sebelum menyerahkan majlis ini kepada pengerusi mesyuarat saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kata bacara dari saya menyentuh perasaan hadirin sakalian.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum…whwt.

CABUTAN BERTUAH


Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En……………… untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

Kalau ada sumur di ladang

Dapat kita menumpang mandi

Kalau ada umur panjang

Tahun depan berjumpa lagi.

2 comments:

  1. Sangat berguna untuk amatur mcm saya. Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  2. sangat membantu saya .terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete