Friday, May 14, 2010

Jamuan gotong-royong SK Binjai kertas

Happy Teacher's Day

To all teacher in Malaysia......Happy Teacher's day.Good luke and happy always.

SAJAK BUAT GURU

SAJAK BUAT GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

SK BINJAI KERTAS JUARA BERCERITA




NUR FAZZILAH BT MOHD ZAID - TAHUN 4 SK BINJAI KERTAS

Adik Nur Fazzilah bt Mohd Zaid merupakan seorang pelajar yang berbakat besar dari SK Binjai Kertas.Pelajar ini telah menjadi johan pertandingan bercerita (MTQ) peringkat Daerah Hulu Terengganu.Beliau berjaya mendapat tempat ke dua dalam pemilihan peringkat negeri.Beliau berpeluang mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan peringkat negeri.

Tuesday, May 11, 2010