Wednesday, November 18, 2009

Hari Anugerah cemerlang 2009


Sebahagian daripada ibubapa yang hadir.
YDP - Tuan haji Mohd Noor bin Abdul Samad
Guru Besar - En Fadli bin Muda

Tiga Lembaga Misteri - Sk Binjai Kertas

Lembaga aneh berjaya dirakam.

Kejadian histeria yang sering melanda sekolah ini akhirnya terjawab .Rakaman gambar secara rawak akhirnya menjelmakan tiga imej misteri.Imej di atas seakan mawas besar.
Imej disebelah kereta berupa seorang manusia tetapi saiznya agak tinggi.

Imej yang akhir sekali berupa pocong.Apa komen anda.

Wednesday, November 11, 2009

Lembaga Misteri


Jelmaan Misteri:
Pagi 11 Nov 2009 seluruh warga Sk binjai kerta menjadi kelam kabut.Apa tidaknya seawal jam 7.45 pagi beberapa orang murid perempuan menjerit-jerit.Bermula dengan seorang murid perempuan akhirnya merebak kesemua kelas tahap dua.
Guru-guru sibuk memberi bantuan sekadar termampu untuk memulihkan murid tersebut.Suasana sekolah pagi itu di penuhi oleh suara jeritan dari mangsa histeria.Beberapa bomoh terpaksa dipanggil untuk meredakan keadaan.Akhirnya pada pukul 10.00 pagi hasil usaha dari beberapa orang bomoh murid yang diserang histeria beransur pulih.
Menurut cerita beberapa orang mangsa,mereka nampak makhluk berwajah hodoh merenung kearah mereka.Ada juga yang mendakwa mereka nampak sebuah banglow didalam kebun durian.Semua penghuninya berpakaian serba putih.

Thursday, November 5, 2009

History of SK Binjai Kertas


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI KERTAS (SKBK)


Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas dibuka pada 1hb Januari 1984 dengan keramaian murid
ketika itu 123 orang. Kini murid sekolah ini berada dalam angka 152 orang.
Nama sekolah ini di ambil sempena dengan lokasi sekolah yang berada di Kampung Binjai
Kertas. Lokasi sekolah ini terletak di jalan Kampung Tajin – Kuala Telemong. Jarak dari Kuala
Berang ke SKBK ialah 10 km. Dari Kuala Terengganu melalui Kuala Berang, jaraknya ialah
52 km manakala dari Kuala Terengganu melalui Kuala Telemong, jaraknya ialah 35 km.
Murid-murid sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal di tiga buah kampung
iaitu Kampung Binjai Kertas, Kampung Kuala Akob dan Kampung Sungai Ular.
Sebelum ini kanak-kanak dari tiga buah kampung tersebut belajar di Sekolah Kebangsaan
Tanggol dan Sekolah Kebangsaan Langgar. Untuk sampai ke sekolah, kanak-kanak tadi
terpaksa menyeberang sungai. Sejak penubuhan sekolah ini kanak-kanak tersebut tidak
perlu menyeberang sungai lagi.

Kini SK Binjai Kertas terus menempa sejarah dalam bidang akademik dan kokurikulum.Pada tahun 2006 SKBK menduduki tangga teratas UPSR di daerah Hulu Terengganu dan ke-9 Peringkat Negeri Terengganu.Dalam tahun yang sama dua orang pelajarnya mewakili pasukan Bola Baling perempuan Negeri Terengganu dan berjaya menjadi Johan Kebangsaan.
Jurulatihnya juga seorang guru dari SK Binjai Kertas ia itu En Ahmad Suhaimi b Mohd Noor.

Wednesday, November 4, 2009

New Landskap

SKBK

Landskap terbaru...
masih dalam pembinaan....

Mencari harta karun - cikgu Rozina

SK Binjai Kertas Camping

Taklimat Perkhemahan

Cikgu Marzuki....




Deretan khemah SKKG