Thursday, November 5, 2009

History of SK Binjai Kertas


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI KERTAS (SKBK)


Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas dibuka pada 1hb Januari 1984 dengan keramaian murid
ketika itu 123 orang. Kini murid sekolah ini berada dalam angka 152 orang.
Nama sekolah ini di ambil sempena dengan lokasi sekolah yang berada di Kampung Binjai
Kertas. Lokasi sekolah ini terletak di jalan Kampung Tajin – Kuala Telemong. Jarak dari Kuala
Berang ke SKBK ialah 10 km. Dari Kuala Terengganu melalui Kuala Berang, jaraknya ialah
52 km manakala dari Kuala Terengganu melalui Kuala Telemong, jaraknya ialah 35 km.
Murid-murid sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal di tiga buah kampung
iaitu Kampung Binjai Kertas, Kampung Kuala Akob dan Kampung Sungai Ular.
Sebelum ini kanak-kanak dari tiga buah kampung tersebut belajar di Sekolah Kebangsaan
Tanggol dan Sekolah Kebangsaan Langgar. Untuk sampai ke sekolah, kanak-kanak tadi
terpaksa menyeberang sungai. Sejak penubuhan sekolah ini kanak-kanak tersebut tidak
perlu menyeberang sungai lagi.

Kini SK Binjai Kertas terus menempa sejarah dalam bidang akademik dan kokurikulum.Pada tahun 2006 SKBK menduduki tangga teratas UPSR di daerah Hulu Terengganu dan ke-9 Peringkat Negeri Terengganu.Dalam tahun yang sama dua orang pelajarnya mewakili pasukan Bola Baling perempuan Negeri Terengganu dan berjaya menjadi Johan Kebangsaan.
Jurulatihnya juga seorang guru dari SK Binjai Kertas ia itu En Ahmad Suhaimi b Mohd Noor.

No comments:

Post a Comment