Monday, October 18, 2010

Laporan Lawatan

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur,Putrajaya dan Melaka

Tarikh : 7, 8 dan 9 hb Oktober 2010.

Distinasi :Kuala Lumpur,Putrajaya dan Melaka.

Bilangan Ahli : 36 orang murid dan 4 orang guru pengiring.

Pengangkutan :Bas yang disewa (De Travel,d/a Farmasi Aiman Kuala Berang)

7 hb Oktober 2010.
Semua murid menaiki bas di perkarangan sekolah dan diberi taklimat serta bacaan doa pada jam 10.00 malam.Bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 10.30 malam.Tiba di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pukul 4.50 pagi.Semua anggota rombongan mandi,sembahyang dan berehat seketika di situ.

8 Oktober 2010.
Makan pagi di warung bersebelahan dengan masjid wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Destinasi pertama di Dataran Merdeka.Selepas bergambar di situ,bas membawa kami ke Menara Kuala Lumpur.Kami bernasib baik kerana berpeluang menaiki menara tersebut walaupun tiket tidak ditempah terlebih dahulu.Berpeluang meninjau pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur.Kami juga dapat melihat pertandingan terjun payung dari puncak menara Kuala Lumpur.
Destinasi terakhir kami diKuala Lumpur ialah di Bangunan KLCC.Disitu kami berpeluang meneroka alam sains di Petro Sains.Kami menghabiskan masa selama dua jam di situ.
Selepas makan di sebuah restoran berhampiran menara KLCC rombongan kami meneruskan perjananan ke Putrajaya.Berehat seketika dan menunaikan solat asar di Masjib Putrajaya.
Meneruskan perjalanan ke negeri Melaka.Destinasi pertama ke Kem Terendak.Kami menjamu selera di perkarangan masjid As –Syikin .Selepas itu bas terus membawa kami ketempat penginapan di Kem Motivasi Chabau.Kami disambut oleh Penyelaras Kem tersebut.Disitu kami berehat dan tidur.

9 Oktober 2010.

Selepas makan pagi di sebuah restoran berhampiran Kem Chabau bas membawa kami terus ke Bandaraya Melaka.Kami melawat tempat-tempat bersejarah dan juga menaiki menara berpusing(Menara Taming Sari)
Sebelah petang kami melawat Zoo Melaka.Kami menghabiskan masa selama 3 jam menjelajah setiap pelusuk zoo tersebut.
Selepas itu bas bertolak pulang melalui lebuh raya Segamat.Kami selamat sampai di perkarangan sekolah dengan selamat pada jam 12.30 malam.

Disediakan oleh,

................................
(Abdullah bin Mohd Zin)
Pengerusi Lawatan Sambil Belajar,
SK Binjai Kertas. 13 Oktober 2010.

No comments:

Post a Comment